Newsletter
Newsletter

KUMPULAN PKNK SERAH ZAKAT PERNIAGAAN HAMPIR RM3 JUTA

Scroll down

10 September 2024

9:20 am

Syed Taqiuddin

ALOR SETAR, 05 SEPTEMBER 2024 – Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) berjaya mencatat peningkatan bayaran zakat hampir RM 3 juta untuk tahun 2023 berbanding RM 2.077 juta bagi tahun 2022.

Terdahulu majlis tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Pengerusi PKNK juga turut hadir YB Dato’ Seri Pengerusi LZNK, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Wira Haji Isahak Murat dan tetamu kehormat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penyerahan zakat itu melibatkan 12 buah anak syarikat PKNK yang menunjukkan prestasi perniagaan yang memberangsangkan.

Jelasnya, kepentingan zakat dalam ekonomi Islam bukan sahaja berperanan sebagai pembersih harta malah membawa keberkatan kepada para pembayar zakat.

Difahamkan jumlah terkumpul kutipan zakat perniagaan Syarikat Kumpulan PKNK bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 2,995,965.98 berbanding tahun 2022 sebanyak RM 2,077,473.08 melibatkan 12 buah Syarikat Kumpulan PKNK.

Bayaran zakat ini membuktikan bahawa Kumpulan PKNK terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap agama dan masyarakat, sekaligus menunjukkan prestasi perniagaan yang baik.

Sehingga kini, lebih RM1.2 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf melalui kerjasama dengan Pusat Khidmat Wakil Rakyat di seluruh Kedah.

Dalam pada itu Pengerusi PKNK menyarankan kepada Kumpulan PKNK untuk meningkatkan sumbangan Corporate Social Responsibility (CSR) kepada tiga perkara utama yang telah ditetapkan.

Saranan sumbangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah melalui bidang Pendidikan melalui Tabung Tengku Mahmud, bidang Latihan Kemahiran melalui Program Skills Sejahtera dan bidang kebajikan masyarakat khas untuk pesakit terlantar, jelas beliau pada Majlis Serahan Zakat Perniagaan Kumpulan PKNK bagi Tahun Kewangan 2023 di Ukir Mall, Alor Setar.

Sanusi berkata, PKNK telah berjaya memupuk kesemua anak syarikat dan kakitangan PKNK untuk membayar zakat sekaligus menjadi ikutan kepada agensi serta jabatan-jabatan lain di negeri Kedah.

“Semoga usaha berterusan ini dapat memberi kesejahteraan bersama kepada rakyat serta memperoleh keberkatan di sisi Allah SWT,” kata beliau.

Posted in Berita Kutipan, Uncategorized

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN PADA TAHUN 2025

SILA KLIK DI SINI