
LZNK RANCANG BUKA KILANG PROSES PADI
ALOR SETAR, 07 SEPTEMBER 2022 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyasarkan untuk mempunyai kilang memproses padi sendiri pada 2024 bagi membantu mengimbangi keperluan semasa terutamanya meringankan beban asnaf di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, kilang yang dijangka bernilai RM12 juta itu dilihat menjadi satu keperluan bagi memproses padi yang diusaha sendiri pihaknya melalui projek Smart Sawah di atas 200 hektar tanah di Yan.
Menurutnya, pembukaan kilang itu juga mampu mengurangkan kos operasi memproses padi dan secara tidak langsung akan membuka ruang pekerjaan kepada golongan asnaf.
“Sekarang ini hanya tinggal dua syarikat Melayu sahaja yang mempunyai kilang padi berbanding 20 syarikat sejak 15 tahun lalu yang kini sudah mati.
“Jadi kita perlu adakan kilang beras sendiri untuk imbangi keadaan semasa bersesuaian dengan projek Smart Sawah yang diusahakan oleh LZNK di atas 200 hektar tanah sawah,” katanya pada sidang akhbar di Menara Zakat Kedah, Alor Setar pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Syarikat Korporat, Agensi Kerajaan dan Swasta berjumlah keseluruhan RM2 juta.
Disunting Oleh : Divisyen Pemasaran Media, Digital dan Pelan Perniagaan
350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH
“PEDULI ASNAF??
HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740
“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”