Tarikh penubuhan Zakat Kedah berdasarkan tarikh Notis Memberi Nasihat Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat adalah pada 19 Jamadil Akhir 1355 bersamaan dengan 5 September 1936.
Notis tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Syeikhul Islam melalui Majmaul Syeikhul Islam yang dianggotai oleh Haji Ismail B Hj Mohd Saleh, Haji Yaakob Bin Hj Ahmad dan Haji Abdul Ghani B Hj Awang.
Majmaul Syeikhul Islam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1936 bagi menggantikan jawatan Syeikhul Islam yang bermula daripada tahun 1901.
Hebahan berkaitan dengan hal ehwal zakat adalah antara perkara utama yang diberi tumpuan oleh Majmaul Syeikhul Islam (sebahagian rujukan menyebut Majma’ Masyikhatil Islam) adalah perkara berkaitan dengan pengurusan zakat.
Perhimpunan Riyal Zakat dan Sedekah Orang-orang Islam di Negeri Kedah juga mencatatkan tahun 1355 H bersamaan 1936 M sebagai tarikh mula sebaran zakat secara rasmi dibuat kepada rakyat Negeri Kedah.
Dipercayai terdapat tarikh yang lebih awal, tetapi catatan rasmi berkaitan penubuhan sebuah komiti melalui undang-undang pentadbiran adalah bertarikh 1355H bersamaan 1936M.