Zakat Saham

Zakat Saham

Jenis zakat harta yang ketiga adalah zakat saham. Untuk pengetahuan anda, zakat saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti yang diperoleh melalui pasaran modal seperti saham, unit amanah, ETF, REIT, dana indeks, bon, sukuk, derivatif dan juga ke atas syarikat persendirian dan koperasi.

Definisi;

Zakat yang dikeluarkan ke atas perlaburan saham yang telah genap setahun (haulnya) dan cukup nisabnya.

Syarat tambahan;

Pelaburan yang halal dan menepati Syara’.

Kaedah kiraan;

1. Saham berbentuk simpanan

Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas harga terendah dalam tempoh setahun. Cara pengiraannya adalah sama seperti kaedah pengiraan zakat wang simpanan. Dapatkan jumlah nilai terendah dalam tempoh setahun, jika menyamai atau melebihi nisab darab dengan kadar zakat 2.5%

2. Zakat berbentuk jual beli (trading)

Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun/tarikh cukup haul.

Contoh:

1 lot = 1,000 unit
Harga beli 1 jan 2013 = RM 10.00 seunit
(1 Lot = 1,000 unit X RM10 = RM 10,000)
Harga pada tarikh cukup haul = RM 9.00 seunit
(20 Disember 2013) (1 Lot = 1,000 unit X RM9 = RM 9,000)
Zakat yang dikenakan = RM 9,000 X 2.5% = RM225.00